Peristiwa Bersejarah Di Tempat Tinggal Saya : Mengecat Rumah
Tajuk : Peristiwa Mengecat Rumah.
Nama Penulis : Maikel Anjelo.
Rumah adalah tempat tinggal aku, so peristiwa mengecat rumah ini memang sesuai dengan tajuk Tugasan Sejarah PT3 2017.
Pengenalan.
Rumah yang aku diami sekarang sudah pun berusia 18 tahun. Sejak tahun 2000 aku berada di rumah ini , tidak pernah sekali pun aku mengecat rumah ini. Warna kuning yang digunakan sejak tahun 2000 telah bertukar kehitaman dan disulami warna hijau akibat lumut yang bertompok-tompok. Warna-warna ini menyebabkan rumah aku kelihatan usang dan kelam. Setelah sekian lama berfikir, aku mengambil keputusan mengecatnya kembali.
Faktor yang menyebabkan peristiwa mengecat rumah.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong aku mengecat rumah. Faktor utama aku mengecat rumah adalah disebabkan teguran Ketua Kampong. Aku telah ditegur oleh Ketua Kampong supaya memperindahkan kawasan rumah. Menurut Ketua Kampong, kesuraman rumah aku telah mencacatkan panorama indah kawasan kampung. Ada juga diantara jiran-jiran aku telah membuat aduan kepada Ketua Kampong berkenaan perkara tersebut. So aku berpendapat sudah sampai masanya untuk melakukan perubahan warna pada rumah aku.
Faktor seterusnya adalah pertunangan anak gadis jiran aku. Jiran sebelah kanan rumah aku akan mengadakan majlis pertunangan anak gadis sulungnya. pada bulan 1 Mei. Kebetulan anak gadis jiranku ini baik orangnya, berbudi bahasa dan rajin menghantar makanan untukku. So aku fikir ada baiknya aku mengecat semula rumah aku supaya panorama indah sedia ada dapat diperluaskan. Gadis tersebut juga ada beberapa kali mencadangkan supaya aku mengecat semula rumahku dan dia juga sanggup membantu aku. It's time to take action.
Jiran di belakang rumah aku juga pernah mencadangkan perkara yang sama. Jiran aku ni seorang kontraktor binaan dan dia sanggup menyediakan alatan dan bahan. Aku hanya perlu membayar upah pekerjanya sahaja. Malu pula rasanya. Terlanjur kata sudah ada yang offer , aku bersetuju untuk melakukan kerja mengecat rumah pada 15 April 2017.
Kronologi peristiwa mengecat rumah.
Teguran Ketua Kampong berkaitan kesuraman rumah aku berlaku pada bulan Februari. Teguran ini sedikit sebanyak telah menyentap jiwaku. Aku semakin tersentap apabila Ketua Kampong berjumpa aku untuk kali kedua dan menyampaikan aduan dari penduduk setempat.
Pada awal bulan Mac, anak gadis jiran sebelah kanan rumah aku mencadangkan supaya aku mengecat rumah dan aku bersetuju.
Cadangan tersebut menyebabkan aku menyimpan sedikit wang untuk membeli peralatan mengecat.
Pada 15 April 2017 telah berlangsung acara mengecat rumah aku secara gotong-royong oleh penduduk setempat dengan penuh meriah. Aku hanya menyediakan jamuan untuk mereka yang hadir. Kebetulan pula YB setempat yang lalu di depan rumah aku telah singgah sebentar menjenguk muka. Ha ha ha ..........happy sangat-sangat. Segala-galanya selesai dalam tempoh 6 jam dan diusahakan oleh 20 orang.
Seminggu selepas rumah aku dicat,Ketua Kampong memaklumkan bahawa kampung aku mengadakan pertandingan rumah dan halaman terindah. Kampung aku juga turut menyertai pertandingan "Kampung Tercantik Dan Kejiranan Terbaik" peringkat daerah.
Aku menyertai kategori 'Halaman Terindah'. Boleh menang ke ?
Yes...., akhirnya halaman rumah aku mendapat tempat kedua. Tidak ku sangka, bangku berbumbung dan buaian panjang yang aku cat dengan warna-warna pastel menarik perhatian juri pertandingan.
Ho ho ho ...ini memang betul-betul bersejarah. Rumah suram telah bertukar menjadi taman permainan kanak-kanak.
Impak peristiwa mengecat rumah kepada masyarakat.
Peristiwa mengecat rumah aku memang memberi impak kepada diri aku dan masyarakat setempat. Kejayaan gotong-royong mengecat rumah aku telah menyedarkan Ketua Kampong tentang keperihatinan penduduk dan sikap kerjasama penduduk. Ketua Kampong telah menubuhkan JK Bantuan Khas dan JK Keceriaan kampung. Aku telah dilantik sebagai Ketua Jawatan Kuasa Keceriaan. Kenapa ya ?
Sejak memenangi kategori 'Halaman Terindah', halaman rumah aku menjadi tumpuan kanak-kanak dan penduduk kampung. Hampir setiap petang ramai penduduk yang datang bermain buaian panjang dan duduk berbual-bual di bangku berbumbung. Perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Suasana meriah setiap petang ini telah menarik ramai penjaja berniaga di seberang jalan di hadapan rumahku. Mudahlah aku untuk membeli makanan atau minum petang. Ada juga diantara pengunjung halaman rumahku yang membawa juadah untukku. Ha ha .... syukur. Besar juga impaknya.
Iktibar daripada peristiwa mengecat rumah.
Kini aku sedar betapa tingginya nilai keindahan. Keindahan disukai ramai orang. Sejak rumah aku dicat dan halaman rumahku di perindah, ramai penduduk mengunjungi ruang kecil milikku di atas muka bumi ini. Oleh hal yang demikian, aku mesti terus memelihara kebersihan dan keindahan rumah serta halaman rumahku demi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Ha ha ha ... negara bhai !
Satu perkara yang mengejutkan aku dari lenaku adalah sikap kerjasama. Kejayaan mengecat rumah aku dalam tempoh 6 jam membuktikan bahawa semangat kerjasama @ gotong-royong sangat penting untuk mempermudahkan sesuatu tugas. Semangat kerjasama yang dipamerkan oleh jiran-jiranku dan semangat ingin membantu secara ikhlas sangat jitu. Mereka melakukan kerja tanpa sebarang upah. Kerja gotong royong penting untuk mempermudahkan sesuatu usaha. Kejiranan sepakat membawa berkat.
Rumusan peristiwa.
Kesimpulannya, peristiwa mengecat rumah ini aku anggap bersejarah kerana peristiwa ini telah menyedarkan tentang peranan aku dalam masyarakat. Aku sedar bahawa setiap perlakuan aku diperhatikan oleh masyarakat dan ia mempunyai impak terhadap masyarakat.
Semangat kerjasama perlu wujud dalam masyarakat untuk menangani sesuatu masalah. Jika setiap individu memberi sedikit sumbang kepada masyarakat, banyak permasalahan dapat diselesai. Sumbangan yang paling kecil yang boleh dilakukan adalah menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Comments
Post a Comment